Thursday, June 08, 2006

Salam untuk semua.

Saya mohon maaf kerana agak lama tidak berkesempatan mencoret sesuatu di sini atas kesibukan tugas. Mungkin ada sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama di kesempatan ini. Menurut sumber, rating untuk empat episod pertama Bongkar mencatatkan purata penonton menghampiri 200,000 orang. TAHNIAH UNTUK SEMUA!!!

Bagi saya secara peribadi ia adalah satu pencapaian cemerlang kerana bukan mudah program berbentuk majalah dan ehwal semasa yang disiarkan pada slot tengahmalam mendapat sambutan sebegitu rupa.

Apapun, saya tidak mempunyai sasaran yang tinggi tetapi pencapaian cemerlang ini akan lebih gemilang sekiranya satu peratus sahaja dari jumlah penonton mengambil paparan Bongkar sebagai iktibar dan kita sama-sama mengambil tindakan sewajarnya .

Sekali lagi kesempatan ini saya ambil untuk merakamkan penghargaan kepada pihak RTM kerana memberi peluang kepada kami untuk berjuang dengan cara kami demi agama, bangsa dan negara.

Juga kepada pihak media cetak yang tidak jemu jemu menyokong kami dan tidak lupa kepada anda semua yang akan terus saya hargai di atas kata kata semangat, komen, cadangan dan pendapat.

Terima kasih dan jaga diri baik-baik. Jumpa lagi lain kali.

p/s: Saya tidak menghadkan komen positif semata-mata kerana saya hargai setiap komen yang diberikan.

25 Comments:

Blogger miss dadidu said...

a'kum...bestnya dapat gak baca msg en wan seblum balik :)......

10:17 PM  
Blogger WNH said...

Tahniah atas rating yang tinggi... Semoga terus mendapat sambutan yang menggalakkan di dalam episod-episod akan datang. Teruskan penerbitan yang mempunyai kelainan agar mendapat lebih sambutan di masa-masa akan datang. Semoga terus berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Tahniah sekali lagi untuk anda dan rakan produksi...

11:12 AM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum to en wan...n to all...
tahniah untuk team bongkar n en wan....keep up the good work....

7:14 PM  
Blogger terrarosa said...

A'kum semuanya ...
sedar tak sedar kita dah nak masuk episod ke 6 BONGKAR ...

laaaa ader orang tolong kira rating ker ? kalau gitu Terra ON jer 4 Tveee yg ader kat umah :)
but what for ??
sepertimana kata En Wan...
semuanya lebih bermakna sekiranya ada tindakan susulan ataupun anjakan paradigma dari setiap penonton BONGKAR... yg tu lebih pentingkan ?

rumah Terra rumah kg kayu jerrr... tapi isinyer meriah , sebab tu lah Terra amat menghargai waktu cuti sesama keluarga , ikut seruan kerajaan :
FAMILY FIRST !!

selain Terra , sebenarnya skrang ni , dah ader orang lain tonton BONGKAR kat ruang tamu :)
syabas tuk En Wan dan semua krew Bongkar !!

*terra* 200 000 x RM 1 = ???
menderma lah untuk Tabung GempaBumi :)

1:52 PM  
Blogger terrarosa said...

hari ni hari ahad , di Kelantan memang hari bekerja ...
tapi mana pakcik yg hantar paper ni ? posmen pun tak kijer ker ?
nampaknyer kena cari sendiri laaa mingguan Malaysia hari ni...

apapun Sekadar renungan tuk
En Wan dan anda semua ,
skrang ni dah bulan 6 , macamana dgn azam anda , dah kesampaian ker blum...
memerhatikan En Wan sibuk
TO BE THE MAN HE WANNA BE

Terra pun teruja jugak mencapai impian tuk tahun ni , kalau satu dah tercapai , bermakna kita berpeluang tuk mencapai yg lain..
bukan tidak bersyukur tapi dalam membina jati diri , kita mesti
AIM TO THE MOON !!
i think it's time for me to run toward my fear...
wish me luck then
maybe nex Tuesday Terra masuk balik ke cni..

*terra* never be so excited before !

2:07 PM  
Blogger Unknown said...

cerite bongkar asik2 bongkar dekat area lembah klang.. naper tak pegi kat luar lembah klang.. kat langkawi.. lagi dasyat.. botol arak bersepah-sepah..

8:19 PM  
Blogger Little Snow said...

Buat Wan - 200,000 orang penonton BONGKAR.... mmg pencapaian yg bagus. Betul kata Wan "bukan mudah program berbentuk majalah dan ehwal semasa yang disiarkan pada slot tengahmalam mendapat sambutan sebegitu rupa."

Kalau 200,000 orang yg menonton mengambil iktibar dari program ni...PERGHHHH!!!!! tak dapat nak bayangkan betapa BONGKAR telah menyelamatkan anak-anak MELAYU terutamanya dari terjebak ke lembah durja. Moga-moga begitulah hendaknya...amin....

K..Berjuta-juta LEMON TAHNIAH little snow ucapkan buat WAN & kru BONGKAR kerana dapat menjayakan program sebegini. Diharap di masa akan datang program-program yg membina sebegini juga dapat dijayakan.

k...salam hormat dan wasalam... adios...

* Semalam nampak Wan dari jauh..Wan gi ke Unit Bekalan Filem... Little snow terus menyorok hehehehe takut tgk muka Wan hehehehe garang ler..hehehhe tapi little snow tau, Wan baik hatinya.... :)

3:27 PM  
Blogger terrarosa said...

Sabtu , 17 Jun 06
Assalamualaikum .. untuk En Wan dan anda semua..
Disebabkan esok Terra berkursus , so hari ni dtg opis kejap tuk buat sedikit preparation…

Bongkar – Rumah Pengasih dan Rumah Ikhtiar mengingatkan Terra kepada kenalan sekampung yg meninggal kerana Aids… sudah tentunya kerana penagihan dadah , dia bernasib baik diterima oleh keluarganya di saat akhir hayatnya…
Namun dia tidak sempat melihat anak yg dikandung oleh isterinya pada masa itu … Terra kagum dengan isteri dan arwah ibunya… kasih sayang mereka melimpah ruah , tidak terbatas…

Tapi tak semua orang semulia itu , kepentingan peribadi dan desakan kemiskinan mungkin menyebabkan sesetengah masyarakat takut menerima bekas penagih dadah.
Apa yg dilakukan oleh Golden Hope Plantation iaitu menyediakan pekerjaan kepada bekas penagih dadah adalah satu usaha yg murni dan perlu dicontohi .
Semua orang ingin di anggap penting dan berguna , dengan adanya pekerjaan , bekas penagih dadah akan dapat merasakan diri mereka turut sama diperlukan oleh masyarakat dan keluarganya.

Terra* terkenangkan hari2 menganggur dulu… amat tertekan !!

4:47 PM  
Blogger Admin said...

Salamss... tahniah buat en wan dan krew bongkar.. teruskan usaha menyedarkan masyarakat dgn pelbagai kepincangan dan kebejatan moral di tanah air ini.. Moga semua dapat pengajaran dan iktibar..

1:01 PM  
Blogger terrarosa said...

Assalamualaikum....
untuk En Wan ,lin , fid , little snow , adiena , syah dan anda semua...

terra baru habis kursus ni , penat gak apatah lagi kena layan Bongkar semalam... oohh... En Wan dan krew Bongkar dah sampai Bachok Kelantan yerr :)
bagus gak sebab Terra tak tahupun ader rumah pemulihan Dadah tuk wanita di situ ,
maklum laaa selama ni , Terra blaja dan kijer luar negeri
(kelantan) so tak explore sepenuhnya jajahan yg ader dalam negeri sendiri...
semalam tu ader sajak ker tak ??
terra ter"miss" ker ?
maklum laaa otak dah tepu gan kursus , lepas tu... kena stay up lagi sampai kul 1 pagi...
gitu laaa jadinyer .

thank to Fid sebab teman kan Terra pagi tadi , harapkan roomate ?? dah lama dia orang lena :P
kita ni Fid mesti ada motivasi yg tinggi laaa tuk bersama Bongkar sehingga 13 episod.. kalau tak...
bestttt yerrrr tidur ! kat otel plak tu !!

Terra*
En Wan pakai baju kotak2 koko lagi , tapi yg ni kalernyer lembut sket :)

10:39 AM  
Blogger terrarosa said...

sementara menunggu En Wan masuk semula ke blog ni...
kita layan dulu lagu HERE WITHOUT YOU disampaikan oleh 3 Doors Down
( lagu video clip semalam laa )

I’m here without you baby
but your still on my lonely mind
I think about you baby
and I dream about you all the time
I’m here without you baby
but your still with me in my dreams
And tonight girl it’s only you and me

ader perkataan girl laa plak kat ctu :P

anyway pilihan lagu ni bagus laaa dengan situasi di tempat pemulihan dadah itu..

*terra
KB - Bachok jauh ker ??

1:19 PM  
Blogger Precious said...

heheheh ... terra ... lin yang pilih lagu tu ... biasalah kan ... jiwa muda .. hehehe

10:21 PM  
Blogger Unknown said...

Assalamualaikum En. Wan :)

Setakat ini, saya belum berpeluang lagi menonton rancangan Bongkar di RTM. Dari pembacaa saya di akhbar online, rasanya rancangan ini memang menarik. Ratingnye juga dah menunjukkan rancangan ini suatu rancagan yang menarik walau ditayang selepas tengah malam.

Tahniah buat En. Wan dan Krew Bongkar, Keep a good work!

Salam kenalan dari saya.

5:03 PM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum...to en wan,lin,fid,little snow,syah(where r u),terra n kawan2 yang lain...

to little snow...hang menyorok ye he he....boleh imagine camner he he...i faham coz i pun biasa buat keje tue....kl i pun for sure menyorok punya tak pun lari2 kan diri le kat mana yang patut...blakang tiang ke he he....setakat tulis nie beranile nak usik2 en wan..kl live hmm takle seberani itu....

hmm lin...lagu yang 'takkan melupakanmu'..tue sapa yang pilih...episod best sb ada plat no kete en wan(smpt rakam he he)....ada lagu tue mmg best giler.....dapat tgk en wan byk senyum ngan senyuman yang comel tue..:)....

n Saya suka ayat yang en wan kata nie…”betapa selama ini saya duduk di dlm dunia yang separuh angkuh.dunia yang tidak memberi peluang,mendengar dan mendekati orang lain......"...selain dari clip plat no kete en wan tue,clip yang ada lagu tue n clip yang en wan cakap ayat tue pun saya suka ulang bbrp kali tgk......

oklah saya dah tulis nie kat msg lagi satu but sajer ulang balik mcm cadangan fid tue bongkar buat vcd.......saya akan jadi org pertama yang bli nanti:)...lagipun vcd tue boleh dijadikan pengajaran..pihak2 yang tertentu boleh jadikan vcd tue sbg satu cara untuk menimbul dan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda....pihak kementerian pelajaran,IPTA pun blh dapat manfaat daripada vcd tue....blh tontonkan kepada para pelajar dan parents agar diorang realize betapa kroniknya masalah2 yang diketengahkan dlm bongkar dan boleh cari jalan cara mengatasinya.
selain tue vcd tue boleh selitkan the making of ke....interview with the crews ke...intereview ngan en wan,lin n others.....boleh gak tunjuk scene2 yang maybe 'dideletekan' xleh tayang kat tv ke....mesti bestkan en wan tak gitu....


ok sajer nak share lirik takkan melupakanmu by radja kat cni....

Radja-Takkan Melupakanmu
oh terindah, lagu yg terindah
sengaja aku cipta untukmu yg terindah
semoga dapat meluluhkan segala keraguan
semoga menghancurkan kerasnya batu prasangka

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

aku tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta yg membara

rebahlah kau di pelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka-prasangka burukmu
dari kerasnya batu curiga

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

senyuman melati
sambutlah mentari
raihlah cintamu
hari ini

aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu, ku bersumpah


p/s:untuk en wan....'aku takkan melupakan mu'he he...jgn 'fire' saya en wan gurau je he he.....

adiena:suka lirik radja nie...especially bhgn nie...
'semoga dapat meluluhkan segala keraguan,
semoga menghancurkan kerasnya batu prasangka
aku takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu...:)..:)

11:11 AM  
Blogger miss dadidu said...

a'kum it's me again dah nak balik dah nie...insyaAllah takde ape2 hal i jgk lagi kat cni next week on saturday kot coz i balik kl pagi tue nak tgk 'superman return'...:)..:)....

oklah... to lin...smpkan salam saya kat en wan kay....

n semoga berjaya ngan program ziarah tue...pandai u all pilih tajuk yer..semuanya sng nak ingat...bongkar,ziarah...baguslah tue...i doakan semua yang pergi utk program ziarah nie selamat dalam perjalanan pergi dan balik....to both of u..wan and lin...semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan pelihara keselamatan kamu semua sepanjang berada di sana....


hmm lupalak nak citer...masa scene amik air sembahyang....sejuk hati tgk:).....

11:21 AM  
Blogger terrarosa said...

This comment has been removed by a blog administrator.

3:56 PM  
Blogger terrarosa said...

A'kum...
1st of all... betul ker lagu smalam tu En Wan yg pilih..
errr... cantik - cantik dan sesuai dengan situasi.. tapi kalau orang lain pilih pun.. ianya tetap menyentuh hati kalau dihayati..
HOW COULD THIS HAPPEN TO ME...

btw , Terra pernah buat lawatan ke Penjara , kononnya nak masuk tengok "cell" laaa kan , tapi hampeh..mana bleh masuk... so tengok jer lahh video banduan kena rotan :(
tapi dapatlah jugak dengar crite2 yg kita sebagai masyarakat bebas merdeka tak pernah ambil peduli .

cuma nak tau laaa , kat dalam penjara tu mesti ada LIBRARY kan ?
biasalah kalau dah terkurung , selain rakan senasib , mestilah buku menjadi sahabat setia.. ala macam filem SHAWSHANK REDEMPTION tu..

En Wan patut tengok citer ni , pasal akauntan yg masuk penjara dituduh membunuh isterinya , tapi berjaya kuar dr penjara tu... dengan sikap sabar dan otaknyer yg genius itu :)
yerlah.. citer2 jugak tapi kita ambil yg positif jer lah... bukan suruh MEMBOLOS kan diri dr tahanan :P
En Wan ni serius betul lah !!!

Lin dapat masuk penjara jugak ker ?
maksud Terra , berpeluang tuk lihat keadaan sebenar dalam tu !

p/s lagu tu sedey laaa... kalau bleh sebagai peminat En Wan , Terra tak "boh" mempunyai perasaan itu :)

4:02 PM  
Blogger terrarosa said...

This comment has been removed by a blog administrator.

4:19 PM  
Blogger terrarosa said...

samb. sket lagi...
En Wan dah berlepas ke Pakistan ker ?

err tok sey royak gapo2 , kito ko ?
kalu dey lagi !!
ni...
Terra ingin ucapkan selamat pergi dan selamat kembali semula ke tanahair ,
tunjukkan ciri2 ketimuran kita disana , jaga sembahyang 5 waktu , jaga kesihatan jugak , mcm kata fid.. minum air banyak2 !
semoga apa yg dihajati , dirancang dan dilakukan mendapat keredhaan Allah...

Doa semua peminat , sentiasa mengiringi setiap langkah Anda dan krew yg turut serta...

Terra
selasa , 27 Jun 2006

4:20 PM  
Blogger terrarosa said...

bakpo komen Terra tu tubik banyok kali ehh...
sebab tu laa..keno delit tuh..
nampok srabut pulok kalu banyok2 :P

4:46 PM  
Blogger phantagarow said...

A'kum. I've seen few of the Bongkar episodes whenever i 'stumbled' across the series late at nights. I would like to congratulate the team for being able to analyze the social situations from a different point of view. I also enjoyed the articles on the issues in the local newspaper. Anyhow, concerning the BANDUAN episode, i believe that those who really repent over their wrong-doings and had served their time in prisonment, should be given a new start in life. Nevertheless, the idea of forgiving child molesters, child rapist and those who committed incest especially to their young, helpless sons, daughters, nieces, nephews, grandchildren are out of my vocabulary of forgiveness. I would like to know your opinion in this matter. Thank you.

10:48 PM  
Blogger Little Snow said...

Erm.. ari tu baru preview Bongkar #11 (Syabu), #12 (Bomoh Palsu) dan #13 (Pelacur Jalanan).

Dalam episod syabu, suka jeh tengok Wan time dengar pengakuan dari seorang pelatih pusat serenti Dengkil (pelatih pakai t-shirt putih). Nak tau tak sebab apa little snow suka tengok? Sebab time tu muka Wan alah..alah..alah... COMEL sangat!!! hehehe... K, dalam episod ni pun Wan ada main vollyball dgn pelatih pusat serenti & hehehe masak utk diaorg hehhee...tgh tumis bawang tu....ermm..boleh le lepas ni rasa masakkan Wan yek...

Dalam Episod Bomoh Palsu lak, little snow rasa macam nak muntah le...wekkk...geli tengok cara-cara bomoh palsu buat persediaan untuk operation secara batin....

Untuk episod yang terakhir dalam rancangan Bongkar, iaitu episod Pelacur Jalanan, little snow suka statement Wan time Wan tanya seorang kakak yang jadi pelacur tu. Statement Wan ," Bila kali terakhir akak mengadap Tuhan?.." pergh! bagus soalan tu Wan..

K, lah...buat semua peminat Bongkar nantikan kesemua episod ini di RTM2... Buat Wan TAHNIAH...TAHNIAH...dan TAHNIAH... little snow rasa puas sebab akhirnya dapat gak habiskan preview untuk semua episod BONGKAR. Start bulan 7 ni little snow akan berpindah ke channel TV baru iaitu RTMD (RTM Digital),semua baru,unit baru,orang baru,idea baru,rancangan baru. Buat Wan kalau ada apa2 yang memerlukan khidmat little snow, cari jeh kat bangunan IBC yek. Salam hormat ..adios... :)

3:43 PM  
Blogger terrarosa said...

A'kum
wah best laaa little snow dapat tonton semua episod Bongkar... lain laa macam kita orng ni , terpaksa bercekang mata semata2 Bongkar ,
tapi Terra tak kisah , selagi bleh bagi sokongan kpd En Wan...
itu shj yg mampu dilakukan..

Terra tak kisah En Wan dah kawin atau belum ... yg pentingnyer kalau Terra yang kawin ... En Wan tak akan dapat sokongan penuh sebegini dr Terra..

heeyyy...
siapa yg sanggup tunggu Bongkar kalau dah ader tanggungjawab hakiki sebagai isteri atau mak orang..
haa..haaa..haaa betul kan ?
tapi nak masuk blog ni skali skala bleh laaa kot ?

10:13 AM  
Blogger terrarosa said...

to phantagarow ,
kelmarin Terra tanya kawan2 satu kereta tentang persoalan Phantagarow...
semuanya memberi pendapat yg sama ,
untuk memaafkan perogol itu , mungkin boleh , kerana Redha Allah itu lebih penting...

tapi untuk menerima orang seperti itu dalam rumah kita , mungkin sukar..
mengikut pakar psikologi trauma bg mangsa rogol mungkin seumur hidup , jadi kitapun perlu memahami perasaan mangsa ..

bekas perogol seharusnya terima dan redha dgn akibat perbuatannya..
semoga mereka tabah dgn dugaan yg bakal dihadapi dan terampun setiap dosanya .

11:29 AM  
Blogger phantagarow said...

To terrarosa..
"Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.." Siapalah kita, hanya manusia untuk menilai hak seseorang itu untuk mengharungi masa depannya. Sepanjang tempoh saya menjalani praktikal klinikal di Hospital Klang dan PPUM, hati saya amat terguris kerana setiap minggu, lebih kurang 3-6 kes-kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak telah ditempatkan di hospital-hospital ini. These children were admitted for physical and psychological evaluations, essential evidence to bring these cases to court. In real life, that's only at the tip of the iceberg. Bagaimana pula kanak-kanak yang tidak terbela kerana keluarga atau rumah-rumah kebajikan yang cuba menyembunyikan hakikat yang berlaku kerana malu terhadap masyarakat. Trauma terhadap kanak-kanak ini memang menyedihkan. Ada yang 'hilang' kata-kata kerana tidak faham apa yang berlaku dan menyalahkan diri mereka atas apa yang berlaku. If they are less that 3 years old, maybe they'll get lucky as for they might not remember. Tapi, dari perlakuan, pakar psikologi kanak-kanak boleh menentukan samada anak-anak ini pernah melalui pengalaman tersebut. It is my wish to see that our community to be more civilized and make efforts to make our world a better and safer place for the children to 'grow'.

8:30 AM  

Post a Comment

<< Home